Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Satu fakta yang kami masih ternanti-nanti dari pihak KPM ialah statistik pelajar buta huruf di seluruh negara. Mungkin ramai di kalangan ibu bapa belum tahu bahawa masalah anak-anak yang tidak boleh membaca adalah sangat serius dan masalah ini menjadi masalah global dan melibatkan penduduk dunia.
Di sini kami kongsikan kepada anda tentang fakta-fakta berkaitan masalah buta untuk anda sama-sama fikirkan.
Akhbar MStar
Malaysia berada pada kedudukan ke-53 negara paling celik huruf seperti tersenarai dalam ‘World’s Most Literate Nations’, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.
Beliau berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Central Connecticut State University, tangga teratas ialah Finland, diikuti Norway, Iceland, Denmark, Sweden, Switzerland, Amerika Syarikat, Jerman, Latvia dan Belanda.
“Kita berada di tangga ke-53 tetapi masih baik berbanding Thailand yang berada di tangga ke-59 dan Indonesia (ke-60),” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Buku Keningau (KBK) 2017 di sini Isnin.
Menurut Pakar Psikologi Kanak-kanak Pusat Pembelajaran Berterusan Universiti Malaya (UMCCed), Datin Prof. Mariani Md Nor, pelajar tahun satu 2021 mungkin akan berdepan masalah buta huruf apabila tidak dibimbing oleh guru dan ibu bapa dalam tempoh penutupan sekolah tahun ini.
Sebanyak 44 peratus daripada 8,256 murid tahun satu di daerah ini tidak mengenal huruf dan tidak tahu membaca, tahun ini.
Jumlah itu membabitkan seramai 3,677 orang, menunjukkan peningkatan berbanding 2,968 murid tidak tahu membaca dicatatkan daripada keseluruhan 8,060 murid tahun satu pada tahun lalu.
Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan, Mohd Razali Mustaffar berkata, masalah itu satu cabaran bagi pihak sekolah dan guru-guru bagi memastikan semua pelajar terlibat mampu menguasainya.
Menurutnya, PPD menetapkan sasaran sehingga Julai, semua murid yang mengalami masalah tidak tahu membaca itu mampu menguasainya sekurang-kurang pada tahap empat iaitu mampu mengeja suku kata.
Kuala Lumpur: Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) bimbang ramai murid tahun satu dan tadika berkemungkinan gagal menguasai 3M iaitu membaca, mengira dan menulis disebabkan tempoh lama tidak bersekolah secara bersemuka.
Presiden i-Guru, Mohd Azizee Hasan berkata, golongan di peringkat baharu memasuki sistem pendidikan itu berisiko gagal menguasai literasi dan numerasi atau menguasai huruf serta nombor.
“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kena tangani isu ini sebaiknya. Ia menjadi kerisauan ibu bapa akibat tempoh belajar di rumah yang lebih lama berbanding di sekolah.
“Anak kecil ini berisiko terdedah kepada masalah buta huruf,” katanya.
Proses pembelajaran yang terjejas tahun ini akibat wabak Covid-19 memberi kesan kepada pelajar, dan antara yang membangkitkan kebimbangan adalah kalangan yang akan masuk darjah 1 pada tahun depan.
Ini kerana perkembangan kemahiran asas membaca, bertutur dan menulis (3M) mereka dikhuatiri tersekat akibat sesi pembelajaran yang terganggu sepanjang tahun lalu.
Perkara itu dibangkitkan bekas menteri pendidikan Dr Maszlee Malik pada 16 Disember lalu, berhubung ‘Generasi Tersisih’ akibat wabak Covid-19, seperti yang dilaporkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Unesco dan Bank Dunia.
Menurut Maszlee, dianggarkan hampir sejuta murid prasekolah, tahun satu dan tahun dua terjejas akibat tiadanya sesi pembelajaran yang normal tahun ini.
Ini adalah sebahagian fakta dan maklumat penting yang perlu kita ambil tindakan bersama. Anak bangsa kita hari esok akan ditentukan oleh siapa mereka pada hari ini. Membaca itu adalah kunci ilmu. Jika hilang kunci ini, anak-anak bakal berada dalam kejahilan untuk memimpin negara.